Friday, 11 November 2016

PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA



ORGANISASI RELA MALAYSIA





ORGANISASI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)




       Falsafah Rela

  • ikatan relawan rakyat malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya akta,dibawah seksyen 2,akta (Kuasa-kuasa Perlu) darurat 1964.
  • YDPA telah perkenan pindaan peraturan-peraturan perlu (Ikatan Relawan Rakyat) Pindaan 2005 yang berkuatkuasa mulai 1Febuari 2005.

 Sejarah Penubuhan

  • "home guard" atau pengawal kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diistiharkan pada tahun 1948,ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan setempat.
  • Pasukan pengawal kampung dibubarkan setelah darurat diistiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

   Tenaga relawan digembleng pada:

  • Negara menghadapi ancaman konfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963-1965.
  • Pada 13 Mei 1969 telah  berlaku pergaduhan kaum.
  • Membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia.
  • Pasukan Kawalan bertindak sebagai 'mata dan telinga' kerajaan.
  • Insiden 13 Mei menyedarkan pemimpin negara tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani ancman keselamatan negara.
  • Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah menubuhan RELA.
  • Tunku Dr.Ismail Abdul Rahman iaitu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan pasukan sukarela berfungsi sebagai 'mata dan telinga' kerajaan.
  • Falsafah Rela yang baru telah diwujudkan oleh YAB dato' Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 20 Mac 1999.

    MISI

Menyediakan sebuah pasukan sukarela sebagai penyumbang kepada pertahanan negara

  OBJEKTIF

Membantu mengekalkan keselamatan ,kestabilan dan keamanan negara serta kesejahteraan secara berkesan